fbpx

Bella Astillah Mohon Maaf Pakai Unifom MAS

Dituduh tidak sensitif kerana menggayakan pakaian seragam pramugari syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di sebuah majlis hari jadi, Bella Astillah akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Menurut Bella dia tidak mengetahui tentang sejarah dan etika berkaitan uniform itu, namun pihak MAS datang berjumpa dengannya dan menerangkan mengenai uniform tersebut.

BACA: Walaupun Masuk Penjara, Bella Astillah Tetap Bangga Dengan Aliff Aziz

“Pihak MAS sendiri ada datang berjumpa dengan saya dan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai keistimewaan uniform tersebut. Alhamdulillah saya dapat banyak ilmu daripada situ.

“Bella minta maaf kerana menggunakan uniform berkenaan tanpa mengetahui lebih awal tentang info dan sejarah etika berkenaan uniform itu. Untuk ingatan supaya lebih berhati-hati agar uniform ini tidak disalahgunakan,” katanya.

Difahamkan, Bella menggayakan uniform tersebut di sebuah majlis hari jadi bertemakan dream job pada September lalu. Bella berkata dia memilih uniform berkenaan kerana dia pernah bercita-cita untuk menjadi pramugari sejak kecil.

“Saya memperagakan pakaian seragam ini semata-mata kerana kerjaya sebagai pramugari MAS merupakan cita-cita sejak kecil,” katanya.