Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memohon maaf susulan tular video dia mengenakan dress seksi sehingga menampakkan bahagian paha di TikTok baru-baru ini.
Memetik Oh Bulan, Bella berkata dia hanya manusia biasa dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemakaian di masa akan datang.
BACA: Bella Astillah & Aliff Aziz Semakin Matang, Saling Mempercayai
“Saya hanya manusia biasa dan minta maaf kalau ada yang kurang senang dengan baju tersebut.
“Selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian dan baju itu hanya untuk reviu sahaja. Saya tidak akan buat lagi,” katanya.
Menurut Bella lagi, suaminya, Aliff Aziz turut memberi nasihat mengenai penampilannya serta mengakui ianya adalah kesilapan dirinya sendiri.
“Sebenarnya ketika saya pakai baju itu, bukan untuk berlari-lari tetapi selepas melihat hasil akhir,saya rasakan mungkin kurang sesuai.
“Aliff selalu beri nasihat dan semangat mengenai penampilan. Jadi, itu adalah kesilapan diri sendiri dan tak boleh salahkan sesiapa,” katanya.