fbpx

Bella Astillah Kongsi Tips Untuk Move On

Jika dilihat di media sosial, Bella Atillah amat tabah melalui episod perceraian dalam hidupnya, malah melalui hari seperti biasa. Menerusi Twitter, Bella berkongsikan tips untuk melupakan pasangan buat mereka yang sudah berpisah.

Menurut Bella, hargai diri sendiri dan terima ketentuan dengan hati yang terbuka adalah kunci utama untuk meneruskan hidup dengan tenang. Ujar Bella lagi, paling penting percaya pada Allah.

BACA: Zizan Razak Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Bella Astillah

“Tips move on? Hargai diri sendiri! Allah mempunyai perancangan yang lebih baik untuk anda. Reda dan terima ketentuan-Nya dengan hati yang terbuka. Banyak lagi perkara lebih baik menanti anda di hadapan. Percaya pada Allah,” tulisnya.

Terdahulu, Bella mengakui masih ada perasan sayang terhadap bekas suaminya, namun minta diberi ruang buat sementara waktu.

Mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun akhirnya berkecai selepas kontroversi demi kontroversi melanda rumahtangga mereka.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.