fbpx

Bella Astillah, Kekasih Gelap Aliff Aziz Saling Follow Di Instagram

Umum mengetahui, sejak semalam hangat mengenai kontroversi membabitkan Aliff Aziz apabila seorang wanita bernama Sarah Yasmine mengaku dirinya kekasih kepada pelakon dan penyanyi itu.

Malah, selepas pendedahan itu tular, pengikut Sarah di Instagram mendadak naik sebanyak 41,000 pengikut baru.

BACA: “Aduh, Kecewa Anna Berkawan Dengan Penyondol” – Netizen

Turut menjadi perhatian wanita berasal dari Singapura itu juga dilihat saling mengikuti antara satu sama lain dengan isteri Aliff iaitu Bella Astillah di Instagram.

Semalam, menerusi perkongsiannya itu Sarah berkata pendedahan itu dibuat selepas melihat Aliff dikecam teruk berikutan isu tangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies.