fbpx

Produk Kecantikan Dipuji Kaburkan Muka Ruhaines Dalam Iklan Ramadan

Semalam hangat diperkatakan apabila aktres sensasi Ruhainies dan Aliff Aziz akhirnya tampil memberikan kenyataan rasmi mengenai kes ditangkap khalwat.

Susulan kes tersebut produk kecantikan dan kesihatan jenama Kitsui menjadi perhatian apabila bertindak mengaburkan wajah Ruhainies dalam iklan Ramadan mereka.

BACA: Ruhainies Tampil Cerita Situasi Sebenar, Harap Bella & Aliff Tak Berpisah

Menerusi perkongsian di Instagram, berhubung dakwaan khalwat melibatkan Ruhainies, Kitsui berharap ia tidak memberikan kesan kepada tayangan iklan mereka kerana rakaman dibuat pada Disember 2023.

Sementara itu, pihak Kitsui turut menegaskan mereka tidak menyokong mana-mana pihak yang berkelakuan buruk serta mencetuskan kontroversi.

“Sempena bulan ramadhan al mubarak ini, KITSUI dengan rendah diri ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesulitan dan kekeliruan yang berlaku terutama posting kami yang melibatkan seorang artis terkenal tanah air,” tulis Kitsui.

Perkongsian Kitsui itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji serta mengucapkan tahniah di atas tindakan produk kecantikan itu serta mengatakan pertama kali melihat wajah artis dikaburkan susulan kontroversi terpalit mereka.