fbpx

Bella Astillah Enggan Layan Permohonan Maaf Ruhainies

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah enggan mengulas mengenai permohonan maaf yang dibuat secara terbuka oleh aktres sensasi, Ruhainies baru-baru ini.

Memetik mStar Online, Bella berkata dia mahu memberi fokus kes perceraian di mahkamah dengan suaminya, Aliff Aziz serta meminta untuk mendoakan yang baik-baik.

BACA: Aliff Aziz ‘Tangkap’ Bella Astillah Curang 13 Oktober 2023

“Alhamdulillah saya okay. Saya minta maaf banyak, sebab sekarang ini saya hendak fokus kepada perbicaraan di mahkamah. Jadi saya minta doakan yang bak-baik,” katanya.

Dalam pada itu, Bella memilih berdiam diri apabila ditanya mengenai status hubungannya dengan wanita yang mendakwa kekasih kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine.

“Saya ketika ini hanya fokus kepada kerja saja dan tak tahu apa-apa ‘update’ (hantaran terbaru Sarah di IG). Saya tak ada komen mengenai itu,” katanya.

SUMBER: mStar Online