fbpx

Aliff Aziz ‘Tangkap’ Bella Astillah Curang 13 Oktober 2023

Menerusi podcast bersama TheCommonFolks SG yang disiarkan di YouTube lewat malam tadi, pelakon sensasi Aliff Aziz turut mendedahkan isterinya, Bella Astillah berlaku curang pada Oktober tahun lalu.

Menurut Aliff, ketika itu dia menyedari perubahan isterinya dan terkejut apabila melihat perbualan isterinya dengan pelakon dipercayai Muaz Zahir di telefon bimbit Bella.

BACA: Lebih Sebulan Tak Contact, Aliff Aziz Jadi Takut Nak Dengar Suara Bella Astillah

“Semuanya bermula pada 13 November 2023 yang jatuh pada hari Ahad. Pada keesokan harinya, saya juara mingguan di All Star Gegar Vaganza sewaktu membawakan lagu Cik Mek Molek.

“Sebelum itu, saya sedar akan perubahan isteri seperti kurang masa di rumah kerana sibuk menjalani penggambaran. Tiba-tiba saya rasa mahu memeriksa telefon dia ketika dia sedang tidur.

“Apabila saya buka ‘archive massege’ (mesej arkib), saya rasa hilang. Terus saya telefon kedua ibu bapa saya kerana tidak tahu apa perlu lakukan,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff berkata dia memaafkan isterinya serta menganggap apa yang berlaku adalah satu kifarah buat dirinya serta selesaikan masalah rumah tangga mereka dengan cara baik.

“Saya maafkan awak (Bella), kalau awak nak ada perubahan dalam perkahwinan. Saya anggap ini sebagai satu kifarah. Mungkin Tuhan nak kejut saya. Ini yang isteri saya rasa apabila saya lakukan hal sama dahulu (curang).

“Saya tidak marah dan maafkan dia, cuma saya mahu lihat dia tengok perkahwinan ini ke arah lebih baik,” katanya.

Menurut Aliff, dia tidak putus asa untuk selamatkan rumah tangga yang dibina dan memberikan yang terbaik namun Bella memberitahu sudah tawar hati.

“Saya cuba layan isteri macam seorang permaisuri, belikan bunga, coklat dan ikut semua hobi dia. Dengan harapan dia dapat lihat perubahan. Cuma sebagai manusia, saya tidak boleh jangka semuanya mengikut kehendak sendiri.

“Ketika itu, Bella beritahu sudah tawar hati dan semua yang saya lakukan agak terlambat. Banyak pergaduhan kecil antara kami,” katanya.

SUMBER: Kosmo