fbpx

Bella Astillah Berang Dihina, Dituduh Tak Jaga Edah

Selepas disahkan bercerai talak satu pada 16 Mei lalu, bekas isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah dilihat kembali aktif menyanyi dan semakin menerima banyak tawaran serta sibuk mempromosikan produk di Instagram.

Bagaimanapun, ada segelintir individu seperti tidak berpuas hati dengan kehidupannya kini sehingga melemparkan komen penghinaan terhadap dirinya serta menuduhnya tidak menjaga edah.

BACA: “Semoga Aliff Temui Pengganti Yang Lebih Baik”

Menerusi Instagram, Bella menjelaskan tindakannya keluar rumah sepanjang tempoh edah adalah atas tuntutan kerja untuk mencari rezeki buat anaknya dan keluarga.

Bella turut menyindir netizen yang mengkritiknya agar berikan wang kepadanya jika mahukan dia hanya duduk di rumah berkabung.

“Ada kata saya tak ‘jaga’ dalam tempoh edah, kalau awak boleh tanggung sama Ayden, then okaylah duduk rumah berkabung then transfer saya duit.

“Saya buat semuanya cari rezeki, saya bukan seronok-seronok dan enjoy, saya nak sara hidup kalau saya tak kerja bukan kau mahu tolong. Lagi satu, sebelum terjadi apa-apa saya sudah sign contract then kena teruskan kerja promosi mereka di Instagram,” katanya.

Dalam satu perkongsian, Bella turut mendedahkan individu yang memburukkan dirinya di media sosial. dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika perkara ini berterusan.

“This girl is really something. Dengki dan sakit hari betul dengan saya dan keluar. Tak habis-habis mahu condemned, sis you tiada kerja lain ke selain jaga tepi kain saya. Jaga your family ke, bersedekah ke, tak habis-habis,” tulisnya.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki Ayden Adrean kini berusia dua tahun.