Sudah lama memasang niat ingin membawa keluarga mengerjakan ibadah umrah, hasrat Bella Astillah akhirnya termakbul apabila beliau bakal berangkat ke Mekah September depan bersama anaknya, Mohamad Ayden dan kedua ibu bapanya.

BACA: Zizan Razak Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Bella Astillah

“Insyallah awal September depan saya, Ayden dan keluarga menunaikan umrah. Sebelum bercerai dengan bekas suami lagi saya dah simpan impian ini. Memang dari awal teringin nak bawa mereka pergi umrah tapi tidak berkesempatan”

“Alhamdulillah sudah tiba masa yang sesuai untuk saya bawa mereka. Selain saya dan keluarga, rakan rapat saya serta keluarganya juga akan turut serta tunai umrah bersama kami,” katanya kepada m Star Online.

Menjawab pula spekulasi netizen mengenai hubungan mesra dengan pelawak, Zizan Razak, Bella menjelaskan hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan. Malah kehadirannya ke majlis ibu Zizan hanyalah kebetulan.

Alhamdulillah tercapai juga hasrat Bella untuk membawa keluarga menunaikan umrah. Semoga segala perancangan Bella sekeluarga berjalan dengan lancar dan dipermudahkan urusan menjejakkan kaki ke Mekah. (rtky/w)