fbpx

Bella Astillah Akui Bukan Mudah Nak Move On

Sudah hampir empat bulan melalui fasa perceraian, Bella Astilah mengakui bukan mudah untuk move on dan masih dalam proses untuk melupakan perkahwinan terdahulunya dengan bekas suami, Aliff Aziz.

Bella memberitahu dia sudah pun memaafkan bekas suaminya serta berharap dapat menjalani kehidupan baru dengan lebih tenang.

BACA: Didakwa Mahu Kahwin, Bella Astillah Minta Peminat Bertenang

“Sejujurnya untuk move on ini kena perlahan-lahan, lagi-lagi pasangan yang sebelum ini sentiasa bersama. Jadi memang akan ambil amsa sikit tapi saya sudah maafkan dia.

“Bagi saya bila kita maafkan seseorang itu boleh memberi ketenangan pada diri sendiri. Tapi bila kita tak maafkan itu yang boleh mendatangkan perasaan sakit hati atau rasa benci,” katanya kepada mStar Online.

Bella mengakui sebagai manusia biasa sudah tentu dia akan melalui fasa bersedih selepas bercerai namun dia tidak membiarkan perasaan itu kerana anaknya adalah keutamaannya.

“Sudah tentu kita sebagai manusia biasa akan melalui fasa bersedih dan memang ada ketika saya rasa sedih dan down. Sebenarnya semua pilihan di tangan kita sama ada ceria nak sedih.

“Tapi saya pilih untuk gembira sebab saya masih ada anak dan keluarga. Saya tak boleh bagi aura negatif kepada mereka dan kalau terdetik rasa sedih, saya akan tengok Ayden dan ibu bapa saya,” katanya.