Beli RM7.5 Juta, Sajat Mahu Jual Banglo RM9.5 Juta
Selepas beberapa aset berjaya dijual sebelum ini, usahawan sensasi Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman mahu melelong banglo miliknya yang terletak di Kota Damansara itu.
Menerusi Instagram miliknya, Sajat turut memuat naik iklan rumah tersebut yang mahu dijual dengan harga RM9.5 juta.
BACA: Pembida Harta Sajat Hilangkan Diri, Netizen Dakwa Rupanya PA Aliff Syukri?
Kata Sajat lagi, dia turut mengalukan-alukan pihak yang berminat untuk membeli dan harga boleh dikurangkan bergantung kepada budi bicara pihaknya.
Malah pembeli juga akan ditawarkan pendaftaran percuma selain syarat dan terma boleh dirunding bagi memastikan aset tersebut dijual. Bagaimanapun, tarikh lelongan banglo mewah miliknya itu belum diputuskan lagi.
Sajat membeli banglo milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruddin dengan harga RM7.5juta pada tahun 2017.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan harta miliknya disita selepas membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources yang menuntut pampasan RM200,000.
- SUMBER
- malaysia Gazette
Farizan, Stop being so cheap by giving free publisity to this guy. You guys are better than this.
Cam tu 9.5m? Buruk je. Design lama. X special langsung. 2m je tu
Rumah ni sajak maximum pun 3 juta je. Kalo beli dgn developer, siap ade lift n pool lg.
Buruk dah rumah usang gila. beruk mana nak beli kat 10 mil.nak2 kalau leasehold.byk lagi umah baru yg lagi cantik dlm range 4 ke 5 juta..sampai ke sudahla tak terjual sajat oiii
Wakakakak, but heshe has paid for this space, there’s nothing much we can do.
Mat dagu terlajak seludup budak suruhan konon bida rumah tu pastu ilang semata2 nak ganggu proses lelong. Sekarang jantina tu pulak buat gempak nak jual RM9.5 mil. Rotikaya kata umah tu dah kena sita. Kalu dah kena sita hanya bank dan pelelong awam yg dilantik bank saja yg berhak menguruskan jualan bukan jantina tu. Lagi pulak bank dan auctioner yg tentukan reserve price lelongan bukan jantina tu. Kalau sape2 boleh teka sapelah pulak yg akan muncul dgn propa tentang lelongan itu nanti? Mat terlajak lagu sudah, sape lgi yg belum ek?