“Belajar Tinggi Tapi Tak Pandai Kerja Tak Guna Juga”
Sebut saja nama Dr Soo Wincci, pasti ramai tahu pelakon dan penyanyi itu sememangnya layak digelar beauty with brain.
Mana tidaknya, Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan kini mengajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
BACA: Bergelar Profesor Madya, Soo Wincci Jadi Pensyarah Di UiTM
Bagaimanapun, Soo Wincci menegaskan pendidikan tinggi saja tidak cukup jika tidak mampu digunakan dalam dunia pekerjaan.
Menerusi sesi live bersama Institut Perbankan Islam dan Kewangan Malaysia (IBFIM), Soo berkata pendidikan yang tinggi juga bukanlah tiket bangga semata-mata atau untuk bersikap sombong.
“Sebab itu saya selalu sebut pada diri untuk dapatkan apa saja ilmu tapi bukan untuk menunjuk-nunjuk. Orang yang hebat itu bukan saja ada pendidikan tinggi, tapi dia juga boleh bekerja untuk perkara itu dan mempunyai pelbagai kelebihan lain.
“Jadi jangan fikir ia (pendidikan) hanya untuk kebanggaan semata-mata. Jika anda pelajar kelas pertama sekali pun tapi tidak tahu bagaimana untuk berikan khidmat terbaik, maka itu tidak berguna,” katanya.
Dalam pada itu, Soo juga berkata dia pulang ke Malaysia selepas beberapa tahun menuntut ilmu kerana mahu berjasa kepada negara.
“Ada yang bertanya kepada saya kenapa balik semula ke Malaysia selepas sudah pergi jauh (untuk belajar). Saya jawab, ini adalah tujuan saya untuk kekal di sini (Malaysia) dan tak ada sebab untuk menunjuk-nunjuk.
“Jika tidak ada sesiapa yang mahu kembali berkhidmat kepada negara, maka siapa yang akan pertahankan negara kita. Saya belajar dengan bersungguh-sungguh bukan hanya untuk dapatkan ganjaran wang semata-mata,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Inilah satu2nya posting rotitelor yg berkualiti. Bukan kisah beli bangelo RM5 juta bukan utk menunjuk. Bukan crita berjaya ambik loan beli keta mechedes rekon. Bukan kisah dpt jam lolek dari pompuan tua. Bukan crita nak jual kondo yg dah kena lelong. Bukan kisah sewa keta lambongbegini 2 bulan utk somi. Dr Soo Winchi sorang je boleh mengalahkan kesemua posting retis2 yg berpura2.
Betul… Ada orang uihh PhD kena panggil Dr… Tp hakikat kerja pemalas.. Masa belajar dpt PhD tu semua kerja dia pass kat org lps tu belagak ada master semua PhD la apa la… Apapun mcari ilmu tu mmg dtuntut tp bak kata Dr So bkntiket utk belagak.