Bergelar Profesor Madya, Soo Wincci Jadi Pensyarah Di UiTM
Sebut saja nama Dr Soo Wincci, pasti ramai tahu pelakon dan penyanyi itu sememangnya layak digelar beauty with brain.
Mana tidaknya, Wincci mencipta sejarah apabila menjadi Miss World Malaysia pertama dilantik sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan kini mengajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
BACA: Tak Pernah Tinggal, Sudah Tahun Ke-10 Soo Wincci Berpuasa
Malah, pelantikannya melayakkannya mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Records (MBOR) pada 1 April lalu.
“Tarikh itu secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula ratu cantik, terbang ke sana sini demi menuntut ilmu dan menimba pengalaman.
“Akhirnya, langkah saya ke alam profesor pula. Saya kini menjadi pensyarah mengajar penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam dalam subjek produksi muzik dan perniagaan. Saya mengajar dalam 70 hingga 80 pelajar yang semuanya dalam golongan B40,” katanya.
Berkongsikan mengenai kerjayanya kini sebagai pensyarah, Wincci berkata jadual tugasannya tidak mengganggu komitmen lain.
“Saya hanya akan terbang ke Valencia, Sepanyol pada cuti semester atau selepas selesai peperiksaan. Saya akan mengajar untuk sesi virtual sekiranya berada di lokasi negara lain.
“Saya mengajar hampir setiap hari di UiTM, kecuali Sabtu dan Ahad. Jadi, bolehlah fokus minat sebagai artis dan kerja produksi,” katanya.
Dalam pada itu, baki pengajian doktor falsafah (PhD) kedua dalam bidang produksi artistik hanya berbaki satu sesi latihan industri.
“Saya sasarkan lapan PhD sebenarnya. Sekarang, baru dua. PhD ketiga saya berkemungkinan ambil jurusan undang-undang antarabangsa. Cuma, belum tahu universiti manakah nak teruskan,” katanya
Berkongsikan mengenai rutin berpuasa setiap tahun, Wincci meluahkan rasa syukur kerana dapat berpuasa selama sebulan di Malaysia.
“Ini tahun ke-11 saya berpuasa. Tiga tahun sebelum ini, saya berpuasa di Sepanyol. Dapat juga lepas rindu berbuka puasa dan bersahur di negara sendiri. Dan tentunya amalan berpuasa mengajar saya bukan setakat menahan lapar dahaga, tetapi bersabar,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Beauty with brain and much respect to you Dr Soo Wincci
No offence for non muslim, tp saya sebagai muslim mendoakan husnul khatimah kepada Prof Soo. Apa2 pun semoga sukses selalu
Sesama agama bkn main lagi kondem kutuk mcm2. Tp dgn org lain siap doa mati dlm iman bagai?! Ni munafik level kapir ke mmg kapir perasan beriman?!!
“Saya mengajar dalam 70 hingga 80 pelajar yang semuanya dalam golongan B40,”
Motif sebut B40?! Lolz
Nak tergelak gak baca ni kurang kasih sayang ke? Meh sini urut
A real inspiration and good influencer, stupid people will miss out these points. yg non-muslim puasa tapi yg muslim di bulan Ramadan puasa tapi masih mengutuk org lain. mcm tu ke nak dpt keredhaan Allah, mcm tu ke islam ajar?? gelaklah skrg sebab nanti dah mati kena jawab pulak takleh gelak kan
wehhhhhhhhh,, bagusnya soo wincy ni?!
tersangatlah beauty with brain,siap nk ada 8 PHD?? wow!
Wah artis contoh ni…smoga mendapat hidayah dari Allah swt..amin
Semoga segera dapat hidayah. Berjaya dgn 8 PhD Dan moga dapat kasih sayang Maha Pencipta dgn akhir hayatan thayibah.
Untuk apa puasa tu…puasa Muslim untuk Allah….