fbpx

Tak Sanggup Berjauhan, Mawar Rashid ‘Angkut’ Anak Pergi Kerja

Pelakon Mawar Rashid bakal kembali ke set penggambaran selepas hampir dua tahun berehat daripada dunia lakonan untuk memberi fokus dalam perniagaan.

Menurut Mawar, dia menerima banyak mesej daripada peminat yang meluahkan rasa rindu untuk melihatnya kembali berlakon.

BACA: Anak Dikritik Tak Comel, Netizen Backup Mawar Rashid

“Kali terakhir lakonan saya pada 2019 menerusi drama TQ Captain. Hampir dua tahun juga tak muncul dalam mana-mana drama atau filem sebab ambil masa untuk rehat dan fokus pada perniagaan,” katanya.

Tidak boleh berjauhan dengan anak Mawar berkata dia juga akan membawa dua orang anaknya ke lokasi penggambaraan di Terengganu selama lapan hari bermula Khamis ini.

“Saya memang tak boleh berjuhan dengan Rafael dan Cinta. Lagipun anak kedua saya masih menyusu. Saya akan bawa penjaga mereka juga membantu. Kemungkinan Raf tak dapat ikut sebab nak jaga dua anak dia KL,” katanya.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta serta memiliki dua lagi anak tiri.