Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Zarina Anjoulie dengan bekas tunangnya, Datuk Khazrul Elzey.
Masing-masing dilihat berbalas kenyataan di media sosial seolah tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku sehingga meminta supaya tidak menggunakan isu berlaku antara mereka sebagai konten.
BACA: “Kami Nampak Korang Semua Memang Ada Dalam Rumah” – Jiran Arwah Abam
Terbaru, tular video di aplikasi TikTok memaparkan Khazrul mengakui masih sayangkan Zarina atau lebih mesra disapa Anju.
https://www.tiktok.com/@imyoursbestie/video/7199536848425749786
“Dia kata dia sayang saya, saya lagi sayang dia. Maut maut saya sayang dia. Sampai botak kepala saya,” katanya.
Sementara itu, menerusi video lain Khazrul memaklumkan akan berjumpa bapa Anju pada 17 hari bulan ini untuk berbincang mengenai masalah mereka serta meminta mendoakan yang baik-baik.
https://www.tiktok.com/@imyoursbestie/video/7199597464645553435
“Nanti saya akan jumpa my daddy, saya akan bincang dengan dia. Doakan yang baik-baik buat kami. Keputusan untuk kami, semoga semua berjalan dengan lancar,” katanya.
Dalam pada itu, turut menjadi perhatian video Anju yang dimuat naik oleh pembantu peribadinya memaparkan pelakon itu tersenyum tersipu malu apabila mendengar pengakuan Khazrul.
@yayachan312 Knowing u, just be u. #anju #zarinaanjoulie @Zarina anjoulie