fbpx

Baru-baru ini perkongsian pelakon Zul Ariffin yang memuat naik video di Insta Story bersama seorang gadis cantik membuatkan ramai netizen tertanya-tanya status hubungan mereka. Malah, gadis itu dilihat mesra dengan pelakon berbadan sasa itu serta memanggil Zul dengan panggilan sayang.

Tidak mahu membiarkan netizen terus berteka-teki, wanita bernama Sharleen itu memberitahu dia dan Zul sudah saling mengenali sejak tiga tahun lalu. Namun mereka hanya kawan biasa sahaja.

BACA: Ramai Wanita Patah Hati Tengok IG Story Zul Ariffin Dengan Gadis Cantik

“Sebenarnya saya dengan Zul dah berkawan lama sejak tiga tahun lalu dan pernah jumpa beberapa kali. Ada satu hari tu saya cakap kat dia whyt not one day you let me into your drama, saya nak belajar. So ya betul, dia tolong saya jadi pelakon tambahan untuk drama Tarik Aku ke Syurga,” katanya.

Sharleen mengakui tujuannya memuat naik foto dengan kapsyen tersebut hanya ingin mengusik pengikutnya di Instagram yang rata-ratanya meminati Zul Ariffin.

“Motif saya buat kapsyen macam tu just nak tease my follower sebab memang ramai minat Zul. Saya tak sangka pula ramai kecewa dan anggap benda tu real. Saya terharu juga baca komen yang memuji dan positif.

“Tapi dont worry, he still single. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa. Zul pun respost dia telak caption dan buat biasa je,” katanya.

Dalam pada itu, bekas pramugari yang kini bekerja sebagai ejen insurans dan perunding unit amnah itu berharap penglibatannya dalam industri hiburan diterima ramai.

“Saya masih baru dalam industi banyak benda lagi nak belajar dan cari banyak pengalaman lagi. Untuk masuk dalam industri InsyaAllah kalau ada rezeki saya akan teruskan,” katanya.