Ramai Wanita Patah Hati Tengok IG Story Zul Ariffin Dengan Gadis Cantik
Baru-baru ini perkongsian pelakon Zul Ariffin yang memuat naik video di Insta Story bersama seorang gadis cantik membuatkan ramai netizen tertanya-tanya.
Menerusi video tersebut, gadis itu dilihat mesra dengan pelakon berbadan sasa itu serta memanggil Zul dengan panggilan sayang.
BACA: Sambut Hari Lahir Ke-35, Zul Ariffin Berazam Nak Tutup Kisah Lama
Hantaran itu dimuat naik semula oleh Zul yang diambil dari IG Story wanita berkenaan yang menggunakan akaun @sharleen_xo. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan identiti gadis cantik berkenaan.
Menerusi ruangan komen di TikTok Zul, rata-rata peminat wanita patah hati melihat video berkenaan. Namun ada yang mendoakan agar pelakon itu segera berkahwin.
Namun, ramai yang tertanya-tanya siapakah gadis bernama Sharleen itu dan apa hubungannya dengan Zul? Sama-sama kita nantikan jawapan daripada tuan badan sendiri.
- SUMBER
- Cari Forum
Yg patah hati tu semua mak2 bini2 org lol…kata buku baru
Ex gf princemeed ni. Model kan.
Ex gf princemeed ni. Model kan
Acik tudung labuh mengeluh dapat ustaz lebai je, tu pun silap haribulan kena madu, betulkan? hahahahah
malunye perempuan bg komen mcmtu…
xde harga diri ke?
nk minat pn agak2 la…
over sangat filter tu…sampai zul ripin pun berlipstik berblusher
Pompuan ejen insurans. Saja drama u olls. Padahal Zul sekadar share gambar depan peminat ja. Pompuan tu yg gatal ber sayang sayang. Terhegeh hegeh