fbpx

Bekas Pengurus Tegar Cabar Sufi Mohon Maaf Terbuka

Bekas Pengurus Tegar, Muhammad Arif Dollah mencabar bekas juara Akademi Fantasia 2015 untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atau tertutup bagi membersihkan nama baiknya daripada fitnah yang telah dilemparkan Sufi serta ahli keluarganya terhadap kenyataan gangguan seksual yang dibuat oleh Sufi beberapa bulan lepas.

BACA: “Bekas Pengurus Tegar Paksa Saya Lakukan Seks Oral”

“Saya mungkin akan berlembut hati sekiranya dia meminta maaf secara terbuka atau pun secara tertutup terhadap kenyataan yang dibuatnya itu. Ataupun bakal berhadapan saman malu yang akan dihantar oleh peguam saya,” katanya dalam sidang media yang dilakukan baru-baru ini.

Tambah Arif Dollah lagi, sekiranya benar dia dikatakan telah meliwat Sufi, dia mencabar penyanyi muda itu untuk mengemukakan bukti dan melawannya secara profesional.

“Jika benar dakwaan yang dikatakan Sufi kepada saya, silalah kemukakan bukti yang kukuh dan kita berdepan dengan keadilan. Saya juga tidak faham kenapa dia tidak melaporkan pada pihak polis pada tahun 2011 memandangkan ibunya juga ada membuat laporan polis terhadap saya pada tahun yang sama di atas kes keganasan rumah tangga,” ujarnya.

Sementara itu, Arif menjelaskan juga sidang media yang dilakukannya pada petang itu ialah kerana mahu membersihkan namanya daripada fitnah yang dilakukan mereka. Jelasnya lagi, kesnya sebelum ini telah digugurkan kerana Tegar telah membuat kenyataan bercanggah daripada apa yang diperkatakan sebelum ini.

“Beberapa dakwaan Tegar berkenaan saya didapati bercanggah dan Tegar akhirnya membuat pengakuan bahawa dakwaanya terhadap saya adalah tidak benar. Akhirnya kes ini telah gugur tetapi bukan gugur kerana tidak ada bukti, sebaliknya kerana Tegar sendiri tidak membuat kenyataan bahawa semua yang didakwa tidak pernah terjadi,” katanya. (rtky/h)