fbpx

Bekas Madu Miera Leyana Masih Tertanya-Tanya Kenapa Dia Diceraikan

Meskipun sudah beberapa hari perceraian suami Miera Leyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertamanya, Adibah Abd Mutalib berlalu, namun perkara itu masih lagi menjadi bualan di media sosial.

Memetik Harian Metro, banyak berita mengenai perceraian tersebut dilaporkan, termasuk video Adibah yang ketika ditemu bual sebaik saja selesai perceraian.

BACA: Suami Miera Leyana Bakal Adakan Sidang Media Tentang Isu Cerai Dengan Adibah

Adibah berkata dia reda dengan perpisahan tersebut namun dia masih tertanya-tanya kesilapan apa sudah dilakukan sehingga diceraikan bekas suaminya.

“Saya sudah reda dengan keputusan perceraian ini kerana sudah berusaha untuk cuba mempertahankan rumah tangga dibina selama 28 tahun. Tapi, kesudahannya begini dan Allah Maha Tahu.

“Saya percaya Allah juga mahu memberikan yang terbaik untuk saya dengan semua yang berlaku ini walaupun saya tidak tahu apa kesalahan diri yang sebenarnya hingga membawa perceraian,” katanya.

Bagaimanapun, Adibah meluahkan rasa syukur mendapat sokongan daripada anak-anak serta keluarga. Ujarnya, dia perlu kuat semangat untuk terus bangkit.

Terdahulu, Rosland melafazkan cerai talak satu kepada Adibah tepat jdi hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Rosland berkata dia membuat keputusan untuk lafaz cerai itu selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasan sayang terhadap Adibah.