fbpx

Bekas Kekasih Tasha Shilla Ada Bukti, Mahu Dedah Kejadian Sebenar

Bekas kekasih Tasha Shilla, Hans Wong, yang didakwa menjadi mangsa dalam satu situasi pertelingkahan di kelab malam baru-baru ini. Tidak mahu terus dilihat menjadi pencetus pergaduhan, Hans menyatakan dia mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video dan bakal membuat pendedahan mengenai perkara tersebut.

BACA: Tasha Silla Upah Lelaki Pukul Bekas Kekasih?

“Saya ada semua bukti berhubung insiden berkenaan dan selepas semua siasatan dilakukan saya sendiri akan dedahkan dalam Instagram saya tentang kebenaran kejadian itu. Saya tidak berbohong malah ramai orang yang melihat kejadian itu termasuk beberapa rakan artis yang turut berada di kelab sama”

“Tujuan saya bukan untuk memburukkan Tasha tetapi saya ingin mencari keadilan kerana saya tidak bersalah dalam hal tersebut. Saya tidak tahu apa motif dia kerana kami sudah lama tidak berjumpa tetapi setiap masalah boleh berbincang secara baik dan bukannya mencetuskan masalah,” jelasnya kepada mStar Online.

Selain itu, dalam masa yang sama, Hans mengakui bahawa wanita yang dikenali sebagai Carmen adalah kekasihnya dan dia tidak bersalah hal tersebut selain turut kasihan kerana wanita berkenaan turut sama diserang.

Ketika hendak pulang kata Han, dia terkejut keretanya telah dirosakkan oleh hampir 20 lelaki yang tidak dikenali tetapi dipercayai ada kaitan dengan Tasha dan ibu bapa Tasha Shila turut ada bersama mempersoalkan kejadian yang terjadi. (rtky/s)