fbpx

Bekas Kekasih Hafiz Hamidun Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Penyanyi Hafiz Hamidun berkongsi khabar duka apabila perkenalan dengan wanita Indonesia tidak berpanjangan kerana wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19 pada tiga tahun lalu.

Memetik Kosmo, penyanyi berusia 40 tahun itu berkata dia mengakui terkejut namun reda menerima ketentuan Allah.

BACA: 5 Tahun Menduda, Ramai Tawar Diri Nak Jadi Kekasih Hafiz Hamidun

“Dia meninggal dunia disebabkan Covid-19 pada tahun 2021. Saya dapat tahu pun daripada ahli keluarga terdekatnya.

“Saya terkejut namun reda kerana ketika itu sesiapa yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 harapan tipis untuk hidup,” katanya.

Anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz kini sudah berusia empat tahun, Hafiz berkata tidak menolak sekiranya ada jodoh atau berumah tangga.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, tahun ini saya dah 40-an, anak pula empat tahun, kalau dulu mungkin susah sikit nak uruskan banyak perkara tetapi sekarang dia dah makin besar, jadi ada kelapangan masa.

“Pada saya nak ada rumah tangga kena ada komitmen, saya nak set balik minda sebelum bercinta tetapi pada masa akan datang saya tak menolak andai ada jodoh,” katanya.

Terdahulu, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun bercerai lima bulan kemudian.