Selepas lima tahun bergelar duda, penyanyi dan kompeser Hafiz Hamidun mengakui dia kini sedang mengenali seseorang, namun enggan mendedahkan identiti wanita itu.
Memetik mStar Online, Hafiz bagaimanapun memberi bayangan wanita itu berasal dari negara seberang, Indonesia.
BACA: Hafiz Hamidun Pernah Tengok Yasin Mengamuk Di Studio, Sampai Keluar Kata-Kata Kesat
“Status sekarang sedang berteman. Mungkin jodoh saya bukan di sini, tetapi di luar negara,” katanya.
Penyanyi berusia 38 tahun itu berkata ramai yang cuba mendekatinya namun dia memilih untuk lebih berhati-hati untuk mendekati mana-mana wanita selepas berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini.
“Ramai yang tawar diri nak jadi kekasih melalui direct message (DM) di Instagram. Tapi kalau tak kenal, tak mungkin saya akan terima begitu saja.
“Untuk memilih pasangan, perlulah kenal hati budi seseorang itu dengan lebih dekat. Nak cari isteri bukan seperti beli barang di pasaraya,” katanya.
Dalam pada itu, Hafiz berkata dia sudah sedia untuk kembali mendirikan rumah tangga namun dia menyerahkan kepada Allah mengenai soal jodohnya.
“Saya sendiri sudah bersedia untuk kembali mendirikan rumah tangga, namun jika ada jodoh maka ia pasti akan terjadi. Sekarang biarlah sekadar berkawan dahulu,” katanya.
Terdahulu, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Joy Revfa pada 1 Mei 2017, namun hanya bertahan lima bulan selepas Hafiz meragui status cerai bekas isteri dengan suami terdahulu.