fbpx

Bekas Kekasih Beri Sokongan Buat Laudya Cynthia Bella

Spekulasi pergolakan rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran akhirnya terjawab apabila pelakon Indonesia itu mengesahkan bahawa mereka sudah pun bercerai selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Berita perceraian pasangan itu ternyata mengejutkan ramai pihak serta rakan artis termasuk bekas kekasih Laudya iaitu pelakon dan pengacara Raffi Ahmad.

BACA: Laudya Cynthia Bella, Engku Emran Sah Bercerai

Bagaimanapun, Raffi hanya mampu mendoakan yang terbaik dan berharap agar Laudya telah membuat keputusan yang betul dalam kehidupannya. Malah, Raffi turut mengatakan Laudya boleh menghubunginya jika memerlukan apa-apa bantuan.

“Selepas membaca artikel mengenai penceraian Laudya, saya hanya mampu berdoa agar keputusan itu adalah yang terbaik untuk dirinya.

“Saya juga mendoakan agar Allah sentiasa melindungi Laudya dan semoga dia memperoleh ketabahan untuk menjalani kehidupan selepas ini, kalau dia perlukan apa-apa, dia boleh hubungi saya,” ujarnya.

Terdahulu,  Laudya memberitahu keputusan untuk berpisah itu telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan dilakukan secara baik.

Meskipun berdepan dengan pengalaman pahit, Laudya berkata dia reda di atas apa yang berlaku dan menganggap ia sebagai sebuah pelajaran dalam kehidupannya.