fbpx

Bekas Isteri Pertama Tidak Rancang Mahu Rujuk Dengan Da’i Farhan

Fatin Nurul Ain yang merupakan bekas isteri pertama kepada Da’i Farhan baru baru ini mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak merancang untuk rujuk semula dengan bekas suaminya itu.

Beliau turut menambah yang keputusan beliau tidak merancang untuk kembali rujuk turut mendapat sokongan keluarga yang mahu beliau dan anak-anak untuk terud hidup seperti sekarang.

BACA: Aura Sudah Pudar, Da’i Farhan Cerai Isteri Sedang Hamil

“Tiada apa apa perbincangan berkenaan hal rujuk kembali antara saya dengan bekas suami. Selepas berpisah, saya sepenuhnya menggunakan ahli keluarga sebagai orang tengah”

“Ahli keluarga dan saya masih berpendirian untuk saya istiqamah dengan kehidupan sekarang serta mereka tidak meletakkan apa apa syarat untuk saya rujuk kembali,” tulisnya di Facebook baru baru ini.

Da’i Farhan menceraikan Fatin Nurul Ain selepas bernikah dalam suasana penuh kontroversi dengan Dr Erin namun Dr Erin turut diceraikan baru baru ini kerana Da’i Farhan didakwa tidak mampu berjauhan dengan anak-anak hasil dari rumahtangga isteri pertama. (rtky/m)