fbpx

Bekas Isteri Dakwa Dihalau Chef Fikree Selepas 3 Hari Diceraikan

Nampaknya kemelut rumah tangga melanda cef selebriti, Chef Fikree Aznan yang menjadi bulan ramai sejak minggu lalu masih tiada kesudahan lagi. Beberapa hari lalu, Chef Fikree menafikan tuduhan berlaku curang dan minta diberi ruang untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Terbaru, menerusi Instagram, bekas isterinya Sharifah Zuriehan mendakwa Fikree telah menghalaunya dan anak mereka, Jayden keluar dari rumah sewa selepas tiga hari diceraikan.

BACA: Chef Fikree Ceraikan Isteri Selepas Kantoi Curang

Menerusi entri tersebut, Zurieha memberitahu dia sudah beberapa kali memujuk bekas suaminya untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, namun usahanya gagal dan tidak diendahkan.

Terdahulu Zuriehan mendakwa Fikree dan skandalnya tinggal serumah dan memadu asmara di bulan Ramadan yang mulia.

Selain itu, Zuriehan turut mendakwa bahawa kecurangan yang berlaku itu bukanlah kali pertama dan sebelum ini Fikree juga pernah pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.