fbpx

Chef Fikree Ceraikan Isteri Selepas Kantoi Curang

Baru-baru ini isteri kepada chef selebriti, Chef Fikree Aznan, Syarifah Zuriehan telah membuat pendedahan mengenai skandal suaminya yang berlaku curang dengan seorang wanita berstatus isteri orang.

BACA: Chef Fikree Didakwa Curang Dengan Isteri Orang Anak Tiga?

Bagaimanapun menerusi posting terbaru, Zuriehan memaklumkan Fikree telah membuat keputusan untuk menceraikannya selepas cerita kecurangannya selama ini didedahkan di media sosial beberapa hari lalu.

Dalam masa yang sama, Zuriehan turut berterima kasih kepada pengikutnya yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan kepadanya dikala beliau menghadapi pergolakkan dalam rumah tangga.

Mengikut pemerhatian kami, Zuriehan kini telah pun private kan akaun media sosialnya. Terdahulu Zuriehan mendakwa suaminya juga tinggal sebumbung dengan wanita berkenaan, biarpun di bulan Ramadhan.

Selain itu, Zuriehan turut mendakwa bahawa kecurangan yang berlaku itu bukanlah kali pertama dan sebelum ini Fikree juga pernah pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9. (rtky/w)