Bekas Isteri Anggap Cliff Umar Dah Mati
Sudah bertahun-tahun membesarkan tiga anak sendirian, bekas isteri Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah menganggap penyanyi itu sudah ‘mati’.
Memetik Harian Metro, Zurini berkata Cliff tidak menghiraukan anak-anaknya selepas mereka berpisah ketika mengandungkan anak bongsu mereka pada 2014.
BACA: Bekas Isteri Harap Cliff Umar Boleh Tengokkan Anak-Anak Jika Dia Sudah Tiada
Menurutnya lagi, penyanyi itu juga tidak memberikan nafkah dan Zurini yang bertungkus-lumus seorang diri membesarkan tiga anak mereka termasuk dua lelaki berusia 13 dan 11 tahun disahkan mengidap autisme.
Difahamkan, anak perempuan bongsu berusia tujuh tahun pula mempunyai ciri-ciri disleksia yang ketara.
“Nak cakap berkenaan Cliff kira kisah itu biarlah dia mati. Duit pun dah habis, dia pun dah buang masa dan rezeki dia pada benda itu. Umpamanya hidup saya ini seperti hidup pun tidak dan mati pun tidak.
“Sangat hebat cabaran hidup yang dilalui saya dan saya kena melaluinya seorang diri bersama anak-anak. Agak mengecewakan apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak tarik semula bantuan kewangan bulanan RM300, manakala bantuan Baitumal pun bukan selalunya tepat pada masa dan datang tiga bulan sekali.
“Tapi wang untuk hidup dan makan hari-hari kena cari. Elaun OKU anak-anak pula diterima setiap enam bulan,” katanya.
Zurini turut kesal apabila bantuan JKM ditarik dengan alasan pendapatannya sekitar RM1,500 hasil jualan beg kait dan kuih-muih tidak melayakkannya untuk dibantu.
“Apa agaknya kriteria yang digunakan sehingga mereka tergamak buat keputusan ini? Sangat sedih apabila anak-anak tengok saya bertelagah dengan kakitangan JKM baru-baru ini.
“Saya menangis apabila keluar dari pejabat JKM. Saya sekarang nak berpindah dari rumah sekarang ke rumah PPR yang kenakan sewa RM200 sebulan.
“Tapi tempatnya di kawasan pedalaman jauh dari segala-galanya. Anak-anak nak bersekolah dan dapatkan rawatan lain. Tahun depan anak sulung, Alief kena masuk sekolah menengah,” katanya.
Dalam pada itu, Zurini berkata semalam dia memaklumkan kepada guru sekolah anak-anaknya bahawa mereka terpaksa berhenti sekolah kerana masalah kewangan dan kekangan masa.
“Ia hanya buat masa ini sementara saya stabilkan hidup. Tapi cikgu kata kalau boleh janganlah. Tapi itulah, semua saya kena buat sendiri. Masa tak cukup, kudrat tak cukup dan duit apatah lagi,” katanya.
Difahamkan, Zurini bersama anak-anaknya kini menetap di Kuching, Sarawak. Zurini menjana pendapatan dengan menghasilkan dan menjual beg kait serta membuat kuih.
- SUMBER
- harian Metro
Malaysia MADANI sila bantu akk ni =(
Allahuakbar tolonglah Yb Yb yg diundi oleh rakyat tolonglah tgok permasaalahan ditmpt kamu! Sedihnya! Jgn heran dgn budak cliif yg perasan bagus nyanyi! Dia dpt juara gv tu pun bkn sbb DIA bagus tapi masa pkp Tu peserta gv semua X bagus! No class! Oleh yg demikian dlm ramai2 yg X bagus Tu maka mungkinlah DIA terrrrrrdpt point lebih sikit. Cerr dia masuk masa naqiu ke masa aisyah ke atau aliff Aziz ke mesti si cliff NI first round dah KENA buang! So dik jgn putus Ada jumpa Yb yg ada ditmpt awak! ITU tanggungjawab Yb utk Bantu kamu.
Pohon yg prihatin, kerajaan mahu pun kita yg berkemampuan kita sama2 bantu anak2 istimewa ini.
buat ank pndai.. pastu lari. jwab ko ntt kt akhirat.
Gomen kena buat 1 akta, klau kita dpt jntan yg tk berguna begini!? Jdi jntan mcm Rahim plug and the geng tau sikit shopan dia terhadap pompuan yg teraniaya nie! Nasib kaum hawa terbela!! Tk gitu rahim plug???
Juara GV pun sebab makcik Katijah ibrahim tu sukaaa sgt sama aney ni! Pilih kasih jugak tengok nyanyi tak baguih aura mana! Makcik Katty tolong pi bagi sumbangan lahhh sama wanita teraniaya! GV mana senyap ke??? Buduss anak OKU masuk syurga. Kau Bapak tempah neraka!
Perangai cam Samdol dodol.mamak Kuttiey..