fbpx

Tak Mahu Isteri Cederakan Diri, Alha Alfa Cerai Lepas 6 Bulan Nikah

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama enam bulan sahaja, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa mengesahkan bahawa dia dan isteri, Noor Azlin sudah pun bercerai.

Perkara itu didedahkan oleh Alha menerusi Instagramnya susulan tular dakwaan mengenai status rumah tangganya. Alha berkata mereka sepakat untuk berpisah secara baik selepas masing-masing sudah tidak lagi persefahaman.

Berterima kasih kepada bekas isterinya, Alha berkata banyak dugaan melanda rumah tangga mereka termasuk berbezaan jarak usia dan kerjaya menjadi punca rumah tangga mereka gagal.

Ujarnya lagi, penerimaan bekas isterinya terhadap kerjayanya juga berubah selepas mereka berkahwin dan sering berlaku perselisihan faham sehingga menyebabkan tekanan emosi.

Malah, Alha turut memuat naik foto memaparkan kesan calar pada dadanya ketika dia bergelut dengan Azlin bagi menghalang bekas isterinya itu mencederakan dirinya.

Menurut Alha lagi, selepas berfikir sebaik mungkin perceraian adalah jalan terbaik untuk mereka kerana tidak boleh meninggalkan bidang solekan yang sudah menjadi mata pencarian hidupnya.

Walaupun perit untuk menerima hakikat, namun Alha berkata dia redha dengan apa yang telah berlaku. Diakhir perkongsian itu, Alha berkata niat mereka untuk berbulan madu di Mekah juga tidak kesampaian ekoran daripada wabak yang melanda dan juga di atas perpisahan perpisahan mereka.

Alha dan Azlin mendirikan rumah tangga pada 28 September tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun.