fbpx

Bebas Kanser, Syawal Tahun Ini Cukup Bermakna Buat Elyana

Sambutan Syawal kali ini sememangnya cukup indah buat penyanyi Elyana apabila disahkan kanser pada Disember tahun lalu selepas 11 tahun berjuang.

Berbanding tahun lalu dia sedang menjalani rawatan ketika Syawal kata Elyana lagi tahun ini juga istimewa kerana berat badannya makin bertambah.

BACA: Elyana Gembira Berat Badan Naik Selepas Bebas Kanser

“Tidak hanya menyambut Ramadan dengan gembira, malah, raya kali ini juga memberi makna yang berbeza. Ini disebabkan kali pertama saya meraikan Syawal selepas saya disahkan bebas kanser.

“Tahun lalu, saya sedang menjalani rawatan ketika Syawal. Persiapan tahun ini juga agak istimewa disebabkan berat badan saya juga semakin bertambah.

“Baju raya semuanya kena beli dengan saiz lebih besar. Sebelum ini, saya pakai saiz ‘extra small’, sekarang sudah kena pakai baju ‘medium’. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, Elyana berkata tahun ini juga dia dan keluarga lebih bersemangat untuk bercuti bersama keluarga untuk meluangkan masa bersama.

“Selalunya, kami memang akan pergi bercuti pada Syawal. Saya dan suami suka membawa anak-anak berjalan. Lagi pula, ibu bapa mentua sudah tiada, manakala ibu bapa saya pula di Shah Alam.

“Kebiasaannya, saya dan adik-beradik beraya di rumah orang tua pada hari raya pertama. Kemudiannya, mereka pulang ke rumah mentua, jadi hanya kami sahaja yang tinggal. Disebabkan itu, kami akan pergi bercuti selepas hari raya pertama,” katanya.

Berkongsi lanjut, Elyana berkata dia mahu tampil menerusi saluran YouTube selepas Aidilfitri ini. Ujarnya, video dikongsikan untuk memberi inspirasi kepada mereka yang berdepan ujian sepertinya.