fbpx

Bebas Covid-19, Aishah Melompat Gembira Keluar Hospital

Selepas 12 hari di hospital, penyanyi Aishah berkongsikan berita gembira apabila dia sudah pun boleh pulang ke rumah dan bebas daripada Covid-19.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aishah meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menitipkan doa buat dirinya.

BACA: Oksigen Turun Mendadak, Aishah Mohon Doa Tidak Ditidurkan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

“Alhamdullilah, tak tahu nak cakap macam mana bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan. Dapat balik rumah, syukurnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Sekarang, doakan juga untuk proses kesembuhan saya okay,” katanya.

Dalam pada itu, Aishah turut memuat naik gambar kenangan bersama jururawat yang menjaganya sepanjang berada di hospital serta mengucapkan terima kasih.

Terdahulu, Aishah di masukkan ke hospital Ampang pada 30 Ogos lalu selepas disahkan positif Covid-19 berikutan mengalami simptom demam panas dan semput. Selepas beberapa hari hospital, Aishah memaklumkan oksigennya menurun selepas cuba membuka alat pernafasan.