fbpx

Oksigen Turun Mendadak, Aishah Mohon Doa Tidak Ditidurkan

Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, penyanyi Aishah berkongsikan detik cemas apabila tahap oksigen dalam badan turun mendadak selepas tiub pernafasan dibuka seketika.

Menurut Aishah, tiub pernafasananya dibuka pagi tadi apabila tahap oksigennya dilihat stabil, namun sebaik sahaja dia kembali ke katil selepas ke tandas, paras oksigennya turun mendadak.

BACA: Aishah Akui Tak Sengaja Sekat IG Siti Nurhaliza

“Pagi tadi oksigen level saya 98, mereka cuba nak buka oksigen tapi bila ke tandas dan balik ke katil oksigen level terus turun mendadak ke 88, terpaksa pakai oksigen semula baru naik semula ke 95,” tulisnya.

Aishah turut meluahkan rasa bimbang apabila melihat pesakit lain dibawa ke tempat lain untuk ditidurkan dan memohon pengikutnya mendoakan agar dia tidak melalui perkara sama.

“Ya Allah mental tak kuat hari Ini, bila melihat patient depan saya dibawak naik untuk diintubate (ditidurkan). Ya Allah teman-teman tolong doakan saya tak sampai kesitu kena intubate.

“Saya takut, saya masih banyak tanggungjawab pada family yang belum selesai,anak-anak saya banyak lagi hal yang tak selesai. Sangat mengharapkan doa kawan-kawan Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar katadan sebagainya,” tulisnya.

Isnin lalu, Aishah yang positif Covid-19 dikejarkan ke Hospital Ampang berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.