BCL Kongsi Detik Terakhir Bersama Ashraf Sinclair
Selepas setahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari akhirnya tampil berkongsikan detik terakhir bersama suami tercinta.
Menurut BCL, sehari sebelum kejadian mereka baru pulang dari New York, Amerika Syarikat dan menjalani aktiviti seperti biasa pada hari berikutnya.
BACA: Terima Kenyataan Ashraf Sinclair Sudah Tiada, BCL Lebih Kuat
BCL berkata, pada hari duka itu, Ashraf sudah sibuk dengan beberapa mesyuarat manakala dia pula ke program Indonesian Idol.
“Awal pagi lagi dia sudah sibuk dengan beberapa mesyuarat. Sebaik pulang dari New York, macam-macam perkara perlu diselesaikan. Saya pula ke program Indonesian Idol.
“Kami masih berhubung melalui mesej seperti biasa pada waktu tengah hari. Sebaik pulang ke rumah lewat malam saya melihat Ashraf berada dalam bilik. Kami kemudian memilih gambar terbaik untuk single duet saya bersama Ariel Noah berjudul Menghapus Jejakmu untuk platform digital,” katanya.
Selepas memilih gambar, BCL memberitahu suaminya mengatakan dirinya letih dan meminta izin untuk tidur.
“Selepas membuat pemilihan gambar, Ashraf beritahu dia letih selepas menjalani ‘cross fit’. Jadi, dia minta izin untuk tidur dulu. Dia kemudian tidur dan saya ke bilik mandi.Selepas itu, saya kembali semula ke bilik. Saya kejutkannya, tapi dia tak bangun,” katanya.
Kata BCL, dia sudah lakukan pelbagai cara untuk menyedarkan suaminya namun tidak berhasil sehinggalah dia melihat sesuatu yang pelik apabila melihat keadaan Ashraf.
“Saya cuba gerakkan badannya, tapi dia seperti tidak berdaya. Saya terus kejutkan sebab fikir dia mungkin pengsan saja, tapi saya lihat dia langsung tidak bergerak,” katanya.
Panik melihat keadaan suaminya, BCL berkata dia teruk memanggil ibunya sehingga anaknya, Noah turut terjaga dari tidur.
“Noah terjaga sebaik saya menjerit memanggil ibu. Noah datang kepada saya dan bertanya apa yang sudah berlaku dan kenapa menangis? Saya beritahu Noah untuk ikut saya sebab bapanya tidak sedarkan diri. Saya beritahu kita perlu ke hospital segera,” katanya.
Bagaimanapun, sebaik sahaja tiba di hospital, Ashraf disahkan meninggal dunia jam 4.51 pagi akibat serangan jantung.
- SUMBER
- Harian Metro
Tunggu isteri pulang utk berborak buat kali terakhir sebelom ‘pergi’
bcl pun balik borak2 dulu semayang isyak….mandi terus nak tido….subuh pun skip…..agak2 je…..balik new york pakai bra je bogel sana sini….agak2 je….lekkk leee
Move on jek laa, kalau x redho cmne ruh org sana nk tenang
Tk suda bibik nie!! Suda² yg idup pasti mati!tk abih citer nko jerk.. Move on pndang anak tu! ttup mana leh ttup Sian arwah jgn nk cekciii mekci lgi
Boleh faham kenapa bcl tak boleh move on. Ashraf bukan lelaki biasa. Dia gred A yang takkan jumpa lagi dah.
Mcm sial @toyol. Kau tu solat cukup 5 waktu ke? Puasa cukup sebulan ke? Zakat bayar tak nakharom? Mulut mcm babi mengata org. Dosa diri sendiri belum tertanggung sebok bilang dosa orang. Nauzubillahiminzalik.
Setuju dengan @ Ros..Ashraf bukan lelaki biasa…sukar utk cari pengganti..merana bcl seumur hidup..apapun kena redha..segala yg berlaku ketentuan daripada Allah!
Ckp sesuka hati, kalau dia sembahyang habis lah dah kira fitnah agak2 mcm mane nak gi minta maaf..ckp mcm tak takot malaikat sebelah kiri tgh catat je
sblum tu byk org gosip bcl dgn airel kan?..mgkin asraf kne serangan jantung sbb…
toyol kan sejenis hantu pendek mana toyol semayang. betul la tu kan kan kan..tanye jee…manusia bz ngan dunia masing2…yang lain lak sentap…macam la ahli syurga sangat…ahaha
Biasalah tu yoi tempat anonymus sedaplah dia tayang mulut busuk. Lupa kot Allah xpernah terlepas pandang
Sbb aku pon tktau aku ahli syurga ke tak la sbb tu aku tak komen pasal solat dia mangkuk. Kalau tau tak semayang ko sibok pasal dia seksi ke smyg ke tak kenapa.