fbpx

BCL Ditegur Doktor, Buat Sendiri Ujian Swab Covid-19 Terhadap Kawan

Baru-baru ini tindakan penyanyi terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari mendapat kritikan netizen apabila melakukan sendiri ujian saringan COVID-19 terhadap rakannya tanpa bantuan petugas kesihatan.

Perkara itu turut mendapat perhatian seorang doktor yang menegur tindakan penyanyi itu. Doktor dikenali sebagai Muhammad Fajri Adda’i itu menegur BCL tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan sendiri ujian tersebut.

BACA: BCL Tabur Kelopak Mawar Di Pusara Ashraf Sinclair Sempena Ulang Tahun Perkahwinan

“Dalam hidung kita ada bahagian dinamakan sebagai konka media. Kalau kita sembarangan menjolok, bimbang akan berlaku pendarahan dan jangkitan,” katanya.

Kata doktor itu lagi, jangkitan boleh berlaku sekiranya seseorang itu tidak memahami cara yang betul ujian saringan dilakukan tanpa bantuan pihak yang mempunyai kelayakan atau pengalaman dalam bidang kesihatan.

Dalam pada itu, sebelum ini BCL meletakkan syarat untuk sesiapa sahaja yang ingin bertemu dengannya perlu melalui proses ujian saringan yang dilakukannya sendiri.