Bayi Azmi Saat Disyaki Ada Masalah Di Bahagian Otak
Baru sahaja menimang cahaya mata sulung tiga hari lalu, anak vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat yang diberi nama Affan disahkan meninggal dunia tengah hari tadi.
Pengurus Azmi, Syah Rahman berkata Affan meninggal dunia di pangkuan isterinya, Nazira Muhammad selepas alat pernafasan dibuka.
BACA: Anak Azmi Saat Meninggal Dunia
“Selepas alat bantuan pernafasan dibuka, Azmi dan isteri diberi peluang untuk meriba anaknya sehingga Afnan menghembuskan nafasnya yang terakhir.
“Kemudian, pada jam 1.19 petang Afnan disahkan meninggal dunia. Sekarang ini pihak hospital masih lagi mencari tanah perkuburan yang berdekatan dengan rumah mereka,”
Dalam pada itu, Syah berkata malam tadi dia dimaklumkan Afnan memerlukan alat bantuan pernafasan dan dikhabarkan tidak bergerak.
“Doktor mengesyaki bahagian otak Afnan ada masalah sebab dia tidak bergerak, jadi perlu buat ujian imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) bagi memeriksa otaknya dan punca sebenar.
“Tapi puncanya, Azmi akan memberikan kenyataan sendiri. Sekarang ini, dia memohon berikan dia masa dan apabila ada kelapangan nanti, dia sendiri akan memberikan kenyataan,” katanya.
Pada 27 September lalu, Azmi selamat menimang cahaya mata sulung selepas 10 tahun menantikan zuriat.
- SUMBER
- Harian Metro
Allahuakbar..besar sungguh dugaan Azmi Saat n Isteri..org yg sgt2 hebat di sisi Allah..ujian cacat penglihatan, ujian menanti zuriat, ujian kehilangan anak…janji Allah balasan syurga tu pasti..
Ya Allah, beratnya ujian ni. Semoga Azmi dan isteri tabah dan dibalas dengan balasan dan pahala yang berganda lebih baik. Allah lebih mengetahui.
Innalillah…setuju komen diatas..Allah telah pilih mereka ujian yg paling berat..semoga syurga untuk kalian..