Anak Azmi Saat Meninggal Dunia
Baru sahaja menimang cahaya mata sulung berusia tiga hari, anak vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat yang diberi nama Afnan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta, Kuala Lumpur.
Berita duka itu dimaklumkan oleh Azmi sebentar tadi menerusi Instagram miliknya. Sekitar pagi tadi, Azmi memaklumkan anaknya mengalami masalah kesihatan sebelum menatap wajah Afnan buat kali terakhir.
BACA: “Pertama Kali Dengar Tangisan Anak, Saya Mengalirkan Air Mata”
Terdahulu, isteri Azmi Saat iaitu Nazirah Muhammad selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta pada 27 September lalu selepas 10 tahun menantikan zuriat.
Lebih manis, anaknya itu juga berkongsi tarikh lahir dengan Azmi dimana 27 September juga merupakan ulang tahun kelahiran penyanyi itu yang ke-34.
Innalillah untung tu anak syurga akan tunggu ibubapa utk pimpin ke syurga
Allahu,beratnya dugaan.. Allah, kuatkanlah azmi dan isteri..
Please jangan cakap untung ada anak syurga time anak tu baru saja meninggal. Tak sensitif ya pada kesedihan ibu bapa tu. Yang pernah lalui akan faham time sedih tu tak fikir benda lain except anak kau dah takde.
salam takziah atas pemergian cahaya mata yg dinanti sekian lama..selaku ibu bakal ank syurga saya tersentuh..tabahlah..semoga hari2 yg mendatang dikurniakan ketabahan dn kebahagiaan
Allahu sedihnya tak dapat bayang..sudah tunggu 10 tahun dapat menatap wajah 3 hari sahaja. InsyaAllah ada hikmah dan moga dimurahkan rezeki
Syurga sudah pasti buat mu hai anak..moga Azmi dan pasangan redho atas ketentuanNya