fbpx

Sebut je bab ‘bil’ ni sudah semestinya menjadi satu kewajipan dan komitmen bulanan kita untuk membayar demi untuk kelangsungan sesuatu perkhidmatan tu. Ini termasuklah bil pembetungan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd.

Bil pembetungan IWK ni memang tak boleh buat main, nak tak nak korang kena juga bayar kalau nak persekitaran korang bersih dan alam sekitar yang mampan. Tak boleh bayangkan kalau IWK takde, siapa nak rawat air kumbahan korang?

Tapi korang mesti tak suka nak beratur kat kaunter kan? Memandangkan sekarang dunia dah semakin maju dengan teknologi yang canggih, sudah semestinya ada cara mudah untuk membayar bil IWK yang boleh menjimatkan masa korang.

Syaratnya korang mestilah muat turun aplikasi IWK. Paling best dengan aplikasi ini korang akan dapat semua yang korang inginkan di hujung jari anda!

Menerima Bil Tepat Masanya

Dengan aplikasi ini, korang akan menerima bil pembetungan korang tepat pada masa yang ditetapkan. Jadi dengan cara ini korang tak akan tertinggal untuk membayar bil.

Dapat Maklumat Bil Di Mana Saja

Sekarang ni dah tak macam dulu, harus tunggu bil bercetak dipos ke rumah, baru tahu sekian sekian jumlah bil kita. Tapi dengan aplikasi mudah alih IWK ni, korang dah boleh dapat info di mana jua korang berada dan paling penting korang boleh terus bayar secara dalam talian. Tak payah nak beratur panjang!

Menyumbang Kepada Kelestarian Alam Sekitar

Bukan nak cakap banyak lah, dengan cara aplikasi mudah alih IWK dan juga e-bil IWK ni, korang juga telah jalankan peranan sebagai pengguna yang bertanggungjawab dalam menjaga kelestarian alam sekitar.

Apa hal alam sekitar dengan bayar bil? Hah, dengan IWK e-bil jer, korang dah jimat kertas! Takde lah pokok banyak ditebang untuk dijadikan kertas kan!

Sebelum bumi hijau kita lebih parah, lebih baik kita mengatasinya dengan cepat. Paling penting dengan cara ni memudahkan kita juga.

Pengurangan Kertas Berlaku

E-bil adalah info bil IWK secara digital yang memudahkan korang untuk akses melalui e-mel dan telefon pintar korang jer. Kemudahan semua di hujung jari!

Dengan adanya kemudahan digital macam ini, korang tidak lagi akan terlepas pandang untuk membayar bil pembetungan korang!

Kalau korang nak tahu, air kumbahan disalirkan ke dalam tangki septik atau mengalir terus ke rangkaian paip pembetungan awam, sebelum dirawat di loji rawatan kumbahan. Air kumbahan juga akan ditapis dan dirawat sebelum dilepaskan semula ke sungai atau perairan.

Bukan itu sahaja, sebagai syarikat pembetungan nasional, IWK bertanggungjawab membangun dan menyelenggara sistem pembetungan yang moden dan efisien di semua negeri, kecuali Sabah dan Sarawak.

Jadi jangan buang masa, jom daftar IWK e-Bil sekarang dengan layari laman rasmi ini dan muat turun aplikasi IWK di Google Play Store, Apple Store atau Huawei Apps Gallery.