fbpx

Bawah Naungan David Foster — Yuna Sertai Verve Music Group

Rasanya ramai sudah sedia maklum yang Yuna tidak dapat sertai pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) nanti kerana sedang sibuk dengan rakaman album kedua beliau di Amerika Syarikat.

Lebih menarik, album terbaru ini di’terbitkan bukan lagi di’bawah Faber Label tetapi sebuah syarikat rakaman yang paling unggul dalam muzik jazz.

Yuna bakal menyertai Verve Music Group yang mana David Foster bertindak sebagai pengerusi & secara tidak langsung Yuna bakal bernaung di’bawah bimbingan pemenang Grammy yang bukan sekali dua.

Perkara ini telah pun di’sahkan sendiri oleh David Foster menerusi akaun Twitter rasmi beliau beberapa hari yang lalu.

Dalam masa yang sama, Yuna juga menulis di Twitter hari ini yang beliau sedang merakamkan sebuah lagu baru yang bakal menjadi runut bunyi untuk sebuah filem animasi — jika produksi Hollywood, ini kali kedua.