Kebiasaannya hujung minggu adalah masa bersama keluarga, sudah semestinya banyak aktiviti menarik yang ibu bapa dah plan untuk enjoy bersama anak-anak kan?
Kali ni kami nak payung satu lagi aktiviti keluarga yang akan memberi manfaat buat permata hati korang. Senang cerita aktiviti yang kami nak payung ni 2 in 1. Enjoy dapat pelajaran pun dapat. Balance kan?
Kalau korang nak tahu, Kempen Karnival Kanak-kanak @ POPULAR sedang dijalankan sehingga 31 Dis 2022 ini di semua kedai buku POPULAR dan HARRIS Malaysia.
Kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat POPULAR untuk membina masa depan yang lebih baik untuk golongan muda dan memupuk minat membaca.
Sepanjang kempen ini berlangsung, sebanyak 10%* jualan akan disumbangkan untuk membantu dan melindungi kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia untuk mengatasi kebuluran, kemiskinan serta kekurangan ubat-ubatan dan pendidikan. Paling best, korang juga akan menikmati rebat 10%* untuk buku kanak-kanak terpilih.
Antara penerima sumbangan ini ialah Agathians Shelter, Dignity for Children Foundation, UNICEF, World Vision dan banyak lagi.
Bukan tu sahaja, ada banyak aktiviti dan cabaran yang menarik menanti korang sepanjang kempen berlangsung. Nak tahu aktiviti apa? Baca sampai habis okey!
Peraduan Beli & Menang
Sambil-sambil korang bawa anak korang berhibur di kedai buku POPULAR dan HARRIS, jangan lupa sertai Peraduan Beli & Menang yang sedang berlangsung. Seramai 10 pemenang bertuah akan memenangi hamper buku berjumlah RM1,000!
Syarat penyertaan adalah hanya perlu berbelanja RM50nett dan ke atas untuk buku kanak-kanak bahasa Melayu atau Inggeris sahaja. Jadi jangan lepaskan peluang ni okey, mana tahu rezeki jadi pemenang bertuah.
Top Spender Pun Ada
Apa yang perlu lakukan adalah dengan mengumpul semua resit yang telah korang belanjakan semasa Karnival Kanak-kanak dan pesanan terus (DM) ke halaman Facebook POPULAR Book Co. (M) Sdn Bhd. Sebanyak 10 pembelanja terbanyak akan memenangi set kad permainan BoBoiBoy Galaxy dan jumlah album kad bernilai RM1,500!
Siap Dapat Hadiah Eksklusif Secara Percuma Lagi
Adakah korang gemar membaca komik Kadokawa Gempak Starz? Kalau YA, korang akan dapat beg eksklusif Kadokawa Gempak Starz apabila membeli empat (4) buku komik Melayu atau Inggeris atau dapatkan pelekat timbul X-Venture PERCUMA apabila membeli dua (2) buku komik X-Venture komik Melayu atau Inggeris.
Sekarang adalah peluang untuk mendapatkan pelekat PERCUMA untuk koleksi anak korang! Belanja RM30nett dan ke atas untuk Buku Kanak-kanak daripada penerbitan seperti Advantage Quest Sdn Bhd, Autumn Publishing Ltd dan Lake Press Pty Ltd untuk mendapatkan helaian pelekat rawak secara percuma.
Luangkan Masa untuk Aktiviti Menarik
Simpan tarikh dan cipta kenangan yang menggembirakan bersama POPULAR! Bertemu dan bertegur sapa dengan maskot kegemaran korang seperti Geronimo & Thea Stilton, Kokko & May, Little Ammar, Omar & Hana, Froggy, Candy Meow dan BoBoiBoy di kedai buku POPULAR/HARRIS terpilih.
Mencari cara baru untuk berseronok? Hidupkan semula kenangan zaman kanak-kanak korang! Pilih dan mainkan pelbagai permainan tradisional seperti congkak, draf, permainan kad UNO dan kayu jemput bersama keluarga dan rakan-rakan korang.
Apa tunggu lagi, save date 26 dan 27 November 2022 dan segera ke IPC Shopping Centre, Damansara, AEON Mall Bukit Tinggi, Klang, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru dan Aman Central, Alor Setar dari 11 pagi hingga 1 tengah hari dan 3 petang hingga 5 petang.
Jadi apa tunggu lagi, alami sendiri keseronokan kempen Karnival Kanak-kanak @ POPULAR sambil membantu menyediakan kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak yang memerlukan!
Untuk maklumat lanjut dan tawaran menarik, layari laman rasmi POPULAR atau Facebook POPULAR Malaysia dan jangan lupa muat turun Aplikasi POPULAR MY.