fbpx

Basahkan Muka Dengan Wuduk Tips Cantik Diana Amir

Sejak membuat keputusan untuk berhijab pada tahun 2011, pelakon dan pengacara Diana Amir mengakui hidupnya semakin tenang.

Wajahnya semakin berseri-seri dan kulit wajahnya sentiasa cantik walaupun sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata.

Sebenarnya Diana Amir hanya amalkan cara mudah untuk kekal cantik. Tidak lokek untuk kongsikan petua cantik cara Islam, Diana menjelaskan agama Islam sangat mementingkan kebersihan.

Bersihkan wajah sebelum tidur

Dengan mengambil wuduk dengan sempurna, diri pun akan terasa bersih. Wajah pun akan berseri-seri. Sebelum tidur kita disarankan untuk mengambil wuduk.

Sentiasa berzikir

Menurut Diana lagi, kecantikan bermula dari dalaman. Hati dan jiwa tenang barulah terpancar kecantikan. Ketenangan itu akan datang bila kita sentiasa mengingati Allah. Jangan fikirkan perkara yang memeningkan kepala kerana ia buatkan kita cepat tua.

“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira dimana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa.”