15 Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19
Pelakon dan penyanyi, Beego berkongsikan khabar duka dimana 15 ahli keluarganya di Johor Bahru dijangkiti virus Covid-19.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Beego berkata ada salah seorang ahli keluarga yang sudah lengkap dua dos vaksin juga turut dijangkiti.
BACA: Linda Hashim, Beego Selamat Timang Anak Kedua
“15 orang ahli keluarga saya sendiri di Johor Bahru disahkan positif. Yang dah lengkap dos pun positif. Memang sesuatu yang tidak terjangka oleh saya.
“Covid-19 memang betul tapi apapun, virus ini tetap akan tunduk dengan rahmat Allah SWT. Yang pergi selamanya kerana virus itu juga dalam rahmat-Nya,” tulisnya.
View this post on Instagram
Kata Beego lagi, jika benar virus Covid-19 adalah ciptaan untuk mengurangkan menusia, mereka yang telah terkorban akan mendapat ganjaran syurga.
“Kalau iyapun virus ini adalah biological weapon for human thinning, ingatlah sentiasa, matinya seorang itu sekiranya dibunuh oleh agenda atau apapun.. sebagai seorang Islam syurgalah tempat kamu.
“Mati kerana wabak, syurga juga buat kamu. Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan takziah kepada semua kenalan saya yang kehilangan orang tersayang,” tulisnya.
Dalam entri tersebut, Beego turut memuat naik video memaparkan kenderaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di kediaman keluarganya untuk dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.
Baru 2 hari lps aku tngk kt channel berita international dia ckp negara Israel dan Ireland 50% pesakit covid yg berada di hospital negara mrk adalah org yg dah lengkap 2 dos vaksin! Jd 2 dos vaksin bkn jaminan xkan kena covid cuma kesan dia jauh lebih rendah berbanding dgn org yg langsung xde vaksin. Nak mati ni x payah kena covid pun mati, bila sampai ajal punca kematian cuma sebab jek nk mati. Jd bg org2 yg takut mati sbb kata mrk ambil vaksin nnt mati sbg pengikut dajjal sebenarmya kalau ko x amik vaksin pun boleh mati dlm keadaan su’ul khotimah ( mati dlm kesesatan) kalau x jaga amalan!
Mmg tiada statement from KKM or WHO yg apabila sudah lengkap vaksin, seseorang itu tidak akan di jangkiti covid. Vaksin ini membantu untuk megurangkan side effect jika di jangkiti. That’s why it is highly encouraged for all to take the vaksin. The problem with some people’s mindset is, bila ambil vaksin tak kan kena covid and bila terkena, they get frustrated. Please read and understand more on vaksin.
Time2 kovid ni memasing sibuklh nk berkumpul reramai..konon nk sambut birthdaylh..blh mati ke klau x jemput org utk sambut birthday..
Dah nama pun beego…
Contoh plg mudah,vaksin utk demam campak…bdk kecil yg disuntik vaksin demam campak msh ada risiko kena demam campak TETAPI kalau kena sekalipun,kesan nya akan jauh lbh kurang jika dibandingkan dgn yg Tak ambil vaksin & jangka masa utk sembuh pun lebih cepat…ada yg Tak akan kena tp msh ada yg berisiko kena…mcm tu jg vaksin covid ni,bukan jaminan utk Tak kena tp lebih kpd membina sistem imunisasi & mengurangkan risiko jangkita TETAPI kita sendiri kena usaha utk menjaga diri sendiri & keluarga…
Itu perkara yg Kita MESTI FAHAM
>>>“Covid-19 memang betul tapi apapun, virus ini tetap akan tunduk dengan rahmat Allah SWT. Yang pergi selamanya kerana virus itu juga dalam rahmat-Nya,” tulisnya.<<<
Nak tunjuk `warak' dan ramai Melayu tentu terdiam. Sebab TAKUT bila bunyi macam `ustaz'. Tapi gunalah akal dan ada keyakinan diri sikit. Ayat ni KOSONG sebenarnya. Tak perlu cakaplah. Goes without saying bab kuasa Allah tu.
Tapi nak buat camana. Sekarang ni zaman banyak nak nunjuk-nunjuk bahawa "Akulah yang paling warak, paling alim. Pujilah sikit!"
Beego ke, Bagidol ke, Let go ke… Aku cakap direct.
Takyah nak tunjuk `kelebai-an' lah! "BUAT" saja, takyah nak syarah-syarah macam orang lain tu semua jahil. Kang aku TERAJANG baru tahu!