fbpx

Siapa sangka permulaan 2020 tak seperti yang kita jangkakan. Mesti ramai yang dah plan nak ke sana ke sini kan. Pergi melancong, melangsungkan kenduri dan banyak lagi aktiviti lain.

Tapi itulah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Semuanya terbantut selepas kedatangan virus COVID-19 dari China ini yang menyebabkan beratus ribu kematian berlaku di seluruh dunia.

Mula Merebak Dengan Pantas!


Pandemik COVID-19 dikatakan mula merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020. Disebabkan virus ni merebak dengan cepat di semua negeri dan wilayah, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah berkurung separa negara (dikenali sebagai Perintah Kawalan Pergerakan) dari 18 Mac hingga 31 Ogos 2020. Perkara ini dilakukan untuk mengawal dari pertambahan kes.

Sebab itulah anda kena biasa dengan norma baharu ini. Sentiasa patuh SOP, pakai mask, kerap basuh tangan, pakai hand sanitizer dan sentiasa jaga jarak 1 meter. Inilah pembudayaan norma baharu bagi melindungi anda daripada jangkitan COVID-19.

Mainkan Peranan Anda Sebagai Frontliner

Virus ini bukan benda remeh yang boleh anda boleh biarkan macam itu jer. Dan tiba masanya anda perlu bertindak sebagai frontliner dan agen utama bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Apa yang anda boleh buat adalah sentiasa jaga diri, keluarga, komuniti, kawasan anda dan negara. Anda juga perlu sentiasa amalkan norma baharu dengan patuhi SOP dan arahan Kerajaan. Jangan buat tak tahu yer.


Selain itu, anda juga perlu duduk rumah. Hanya keluar jika ada urusan penting sahaja. Hold lah dulu dating dengan boyfriend atau girlfriend anda tu. Video call jer. Ye lah kita tak tahu virus ni ada di mana-mana sahaja. Dahla tak boleh nampak dengan mata kasar! Rasanya kalau virus ni kita boleh nampak, dah ramai yang ‘berkurung’ dalam rumah tu nanti.

Ingat! Jangan leka dan alpa kerana kita belum menang.

4 Strategi Norma Baharu Yang Anda ‘Wajib’ Ikut

Bagi nak elakkan anda dari dijangkiti COVID-19 ni, ada 4 strategi norma baharu yang anda boleh follow.

1. Kawalan Sempadan

Okay untuk anda yang nak ke sempadan ataupun baru balik dari sempadan pastikan anda membuat saringan kesihatan di pintu masuk antarabangsa.

Bukan itu jer, anda juga perlu membuat saringan suhu dan gejala di pintu masuk premis. Pastikan yang sihat sahaja boleh masuk ke premis.

2. Kawalan Pergerakan

Jangan pergi ke kawasan berisiko jangkitan iaitu ada kes atau kluster COVID-19. Patuhi arahan kuarantin bagi anda yang diberi surat perintah pengawasan dan pemerhatian. Jangan suka suki nak ke sana ke sini yer!

3. Penjarakan Fizikal

Elakkan tempat yang sesak, tempat yang sempit dan tertutup serta sembang dekat dengan orang.

Sentiasa jaga jarak 1 meter anda. COVID-19 disebarkan melalui titisan pernafasan apabila bercakap, bersin atau batuk. Jadi jarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain ketika membuat urusan seperti:

– Membeli barang keperluan di pasar raya
– Membeli ubat di farmasi
– Membuat urusan di ATM / bank
– Menggunakan kemudahan perkhidmatan awam
– Jarak 2 meter antara meja/gerai
– Membuat urusan di stesen minyak

4. Perlindungan Diri

Sentiasa amalkan 3 W iaitu

Wash: Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau guna hand sanitizer.

Wear: Pakai pelitup muka apabila perlu pergi ke tempat yang sesak dan penjarakan fizikal tidak dapat dilakukan.

Warn: Jangan bersalaman atau bersentuhan, amalkan etika batuk dan bersin yang betul, lakukan disinfeksi dan dapatkan rawatan jika bergejala.

Kalau anda rindu nak pergi travel baik anda ikut arahan dari kerajaan. Sama-sama kita hentikan penularan wabak ni okay. Mungkin jasa paling besar yang anda boleh buat kepada negara ketika ini adalah mematuhi segala arahan dari kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Kekal di rumah, amalkan penjarakan sosial dan jangan beri masa untuk wabak ni merebak.

“Kejayaan kita memerangi COVID-19 dalam fasa pemulihan ini adalah bergantung kepada diri kita sendiri. Ia bergantung kepada kesedaran kita, sikap kita dan amalan kita,” Perdana Menteri Malaysia.

Jangan lupa klik link ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentang info sihat COVID-19.