fbpx

Baru Berbaik Dengan Isteri, Aliff Syukri Hadiahkan Kereta Mewah

Pasti ramai tahu rumah tangga usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Nur Shahida dikatakan sedikit bergolak apabila kedua mereka dilihat memuat naik status seolah perkahwinan mereka sedang diuji.

Bagaimanapun, beberapa hari lalu hubungan suami isteri ini kembali pulih sedia kala selepas hampir tiga bulan dikatakan bermasalah.

BACA: Berbaik Dengan Isteri, Aliff Syukri Muncul Dengan Lagu Baru

Nampak selepas berbaik, Aliff membuat kejutan dengan menghadiahkan kereta baru untuk isterinya iaitu kereta Porsche Macan GTS keluaran 2018. Perkara itu dikongsikan oleh Datin Shahida menerusi Instaram berserta gambarnya bersama kereta tersebut.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang tumpang gembira serta mendoakan rumah tangga pasangan tersebut kekal bahagia hingga ke syurga. Malah ada yang mengatakan kereta tersebut adalah rezeki untuk anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Apa pun diharap pasangan ini akan kekal bahagia dan sentiasa bersama. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Mungkin apa yang berlaku sebelum ini dapat menguatkan lagi hubungan mereka suami isteri.