fbpx

Baru Belikan Telefon, Pembantu Rumah Emma Maembong Lari Ikut Kekasih

Baru-baru ini, perkongsian Emma Maembong di Instagram menjadi perhatian ramai apabila meminta bantuan netizen mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri.

Menurut Emma, pembantu rumahnya itu menghilangkan diri selepas memberi alasan mahu membuang sampah di hadapan rumah.

BACA: Emma Maembong Rindukan Anak, Kakak Bantu Jadi Ibu Susuan

“Assalamualaikum, sesiapa nampak dia tolong bagi tahu saya. Secara tiba tiba, takda angin takda ribut tak cakap apa apa. Terus keluar rumah ambil kunci dan access card dengan membawa 2 plastic bag sampah besar, alasan nak buang sampah.

“Terus tinggalkan baby kecil dekat ruang tamu, selepas 30 minit masih tak masuk rumah. Terus matikan hp dan block kami dekat whatsapp, sampai sekarang masih tak boleh contact,” katanya.

Emma turut berkongsikan wajah pembantu rumahnya yang bukan warganera dan mengatakan tujuannya memuat naik entri itu bukan untuk mengaibkan tetapi mahu orang ramai berhati-hati.

“Tujuan saya naikkan posting ini, bukan untuk mengaibkan atau memburukkan sesiapa. Tapi untuk orang diluar sana supaya berhati hati,” katanya.

Sementara itu, Emma menjawab pernyataan beberapa komen di Instagram mengakui kecewa dengan sikap pembantu rumahnya itu yang selama ini dilayan dengan baik.

“Sedih saya, saya jaga dia elok-elok. Hancurnya hati ini, baru bawa dia shopping dan belikan telefon baru. Rupa-rupanya kenal dengan lelaki di Facebook terus lari nak kahwin,” katanya.