fbpx

Emma Maembong Rindukan Anak, Kakak Bantu Jadi Ibu Susuan

Umum mengetahui baru-bari ini pelakon Emma Maembong memaklumkan berita dia dan suaminya, Muhamad Shazli Azhar disahkan positif Covid-19.

Difahamkan, Emma dan suami melakukan kuarantin kendiri bersama manakala anaknya, Shariq Gabriel dijaga oleh kakaknya.

BACA: Emma Maembong, Suami Positif Covid-19

Menerusi satu perkongsian terbaru, Emma meluahkan rasa rindu terhadap anaknya yang berusia berusia tiga bulan itu serta berharap masa berlalu dengan pantas agar dia dapat disatukan kembali dengan putera kesayangannya itu.

Menurut Emma lagi, kakaknya Beby Maembong turut menjadi ibu susuan kepada Shariq. Perkongsian Emma itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Emma dan suami cepat sembuh dan dapat bertemu semula dengan cahaya mata mereka.