fbpx

Baru 8 Hari Berpantang, Wawa Zainal Dah Mula Bekerja

Baru saja melahirkan cahaya mata ketiga pada 1 Disember lalu dan kini dalam proses berpantang, Wawa Zainal sudah pun mula keluar bekerja. Meskipun sibuk menjalankan tugas sebagai ibu, Wawa masih komited sebagai seorang usahawan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram itu, Wawa berkata dia terpaksa berbuat demikian untuk memeriksa bekalan barang perniagaannya.

BACA: Wawa Zainal, Aeril Zafrel Besarkan Anak Dengan Kemewahan

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau dengan keadaan Wawa serta menasihati pelakon itu agar mengutamakan kesihatannya terlebih dahulu. Kata netizen sekarang masih muda dan kuat, kesannya akan dirasai apabila sudah semakin berusia.

Dalam pada itu, Aeril Zafrel dalam satu video yang dimuat naik di Insta Story turut terkejut dengan kekuatan isterinya masih sibuk bekerja meskipun baru sahaja melahirkan anak mereka.

Wawa dan Aeril menimang cahaya mata perempuan pada 1 Disember lalu di Pusat Perubatan Andorra yang diberi nama Ayyasoffya bersempena dengan nama sebuah masjid bersejarah di Turki.