fbpx

Baru 30 Hari Bersalin Dah Kerja, Ini Jawapan Isteri Aliff Syukri

Belum lagi habis tempoh berpantang, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Nur Shahida sudah kembali bekerja walaupun baru saja 30 hari melahirkan cahaya mata keempat.

Menerusi Instagram, Shahida memberitahu ada beberapa urusan pejabat yang perlu diselesaikan. Namun sebelum dikecam oleh netizen Shahida menjelaskan dia masih lagi berpantang seperti biasa.

BACA: Aliff Syukri Mohon Maaf Kongsi Video Isteri Bersalin

“Mama dah start kerja lah yusoffalqardawi ikut mama pergi pejabat hari ni.yusoff pun dah genap 1 bulan. Tapi masih berpantang juga ya masih pakai stokin masih bawa makanan pantang (kes takut kena kecam jadi i explain awal-awal).

Menurut Shahida lagi, dia sememangnya akan mula bekerja selepas 30 hari bersalin sejak melahirkan anak sulungnya lagi. Tambahnya, dia perlu menyelesaikan beberapa urusan yang memerlukan perhatiannya dengan kadar segera.

“Sebab saya memang dari anak sulung memang jenis 30 hari je dah mula bekerja maklumlah kerja dah memanggil saya di pejabat tu. Sindrom mak-mak sangat pakai nursing cover ke hulu ke hilir sampai lupa nak buka,” tulis Shahida di Instagram miliknya.

Pada 25 Jun lalu, Aliff Syukri dan isteri selamat menimang cahaya mata lelaki yang diberi nama Yusoff Al Qardawi