fbpx

Jika anda mengikuti perkembangan para selebriti popular dan terkenal di laman Instagram, sejak beberapa hari kebelakangan ini mereka ada memuat naik jemputan ke menghadiri parti televisyen dan pelancaran hLive! anjuran Astro pada 12 Mei ini.

Nama nama besar dalam dunia hiburan dan fesyen seperti Aaron Aziz, Natasha Hudson, Zizan Nin, Nelydia Senrose, Sherry Ibrahim, Hafiz Suip, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Altimet, Hanis Zalikha, Vanidah Imran, Stacy, Altimet, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini, Neelofa, Anuar Zain, Emma Maembong, Zizan Razak telah mengesahkan kehadiran mereka.

Parti Hiburan yang akan di adakan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur akan turut akan dihadiri pereka-pereka fesyen terkenal tanah air, penerbit serta mereka yang terlibat di dalam dunia televisyen, filem dan hiburan secara keseluruhan.

Parti yang akan menggabungkan elemen radio, majalah dan televisyen secara eksklusif. Ini akan memberikan pengalaman yang unik buat tetamu yang hadir. Yang pasti, dua orang penyanyi terkenal tanah air bakal membuat persembahan pada malam itu serta lebih banyak kejutan bakal menanti para tetamu dan juga peminat pada malam itu.

Di atas sambutan hangat, para jemputan yang terdiri daripada selebriti dan mereka yang berada dalam industri dinasihatkan untuk meletakkan kereta di Stadium Merdeka bermula 7.30 malam dan limo khas akan menanti dan membawa mereka ke Stadium Chin Woo.

Berkonsepkan tema pakaian “Dress Up and Suit Up”. Pada saat ini, selebriti masih mencari-cari busana dan pakaian yang unik.. Apa jua yang digayakan dikalangan mereka yang melintasi karpet ungu hlive! pastinya akan menjadi perhatian editor fesyen, peminat dan pengkritik fesyen.

Ada banyak sebab selebriti dan jemputan yang hadir harus lebih berhati-hati ketika berpakaian kerana parti ini turut akan menampilkan glam-cam 360 serta live review di laman sosial dan laman web (www.hlive.com.my).

Ikuti perkembangan acara hebat ini dan juga berita terkini serta laporan LIVE hlive! melalui Twitter: @officialhlive dan juga Instagram: @officialhlive #hlive.

p/s: Dengar dengar security access sangat ketat. Jemputan dinasihatkan membawa kad & para selebriti yang dijemput dinasihatkan untuk RSVP menerusi akaun Instagram.