fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai hubungan Pencetus Ummah (PU) Riz dan Neelofa didakwa sedang dilanda badai, susulan muat naik di Insta Story serta ahli keluarga Neelofa tidak lagi mengikuti pendakwah itu di Instagram.

Perkara itu turut mendapat perhatian penerbit Datuk Ayu Puteh. Mengenali keluarga dan bapa PU Riz sejak 15 tahun lalu, Ayu berkata tuduhan mengatakan pendakwah itu mempunyai niat buruk terhadap Neelofa tidak berasas.

BACA: “Allah Akan Selesaikan Segalanya Dengan Cara Yang Tidak Kita Bayangkan”

Ayu berkata lagi, PU Riz juga memiliki perniagaan makanan sendiri yang kini sudah mempunyai 10 cawangan di seluruh Malaysia, namun masih ada yang menuduh pendakwah itu kaya kerana ibu bapanya.

“Saya kenal PU Riz sejak umur dia 10 tahun dan tak salah saya, ketika itu dia masih di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Besut, Terengganu. Walauppun tak rapat tapi saya tahu dia lelaki yang baik dan sesuai dijadikan suami.

“PU Riz urus perniagaan bersama keluarga iaitu Food Station yang sudah ada lebih 10 outlet di Malaysia. Tapi masih ada yang tuduh PU Riz kaya sebab ibu bapa dia.

“Takkan la Neelofa nak berkahwin dengan lelaki tak ada ilmu agama atau suami orang. Memang Neelofa berkemampuan tapi PU Riz juga mampu nak tangguna bakal isteri. PU Riz berpelajaran tinggi, sama juga Neelofa,” katanya.

Dalam pada itu, Ayu turut mendedahkan bapa PU Riz merupakan ahli perniagaan yang berjaya namun bersikap rendah diri serta tidak mahu dikenali.

“Saya memang kenal dengan Datuk Seri Ismail sebab dalam persatuan perniagaan yang sama. Sudah 15 tahun kami kenal dan bapa dia seorang yang kaya-raya sebab mempunyai perniagaan yang berjaya.

“Netizen dan penfitnah pun agak-agaklah nak tuju fitnah pun. Kasih sayang yang tebal dikatakan kena minyak pengasih agak kelakar lah. Kasih sayang Allah yang baik. Kalau hati tu cinta tebal. Jangan fitnah kena minyak pengasih pula. Tuan badan taulah tu,” katanya.