fbpx

“Allah Akan Selesaikan Segalanya Dengan Cara Yang Tidak Kita Bayangkan”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai hubungan Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Haris bin Ismail, dengan seorang usahawan terkenal yang didakwa sedang dilanda badai.

Selepas membisu dan mendiamkan diri, pendakwah bebas tersebut tampil bersuara di Insta Story. Menerusi perkongsian itu, PU Riz dilihat ada memuat naik satu potongan ayat berbahasa Arab disertakan dengan maksud.

BACA: Neelofa Nafi Terkena Minyak Pengasih, Beri Wang Kepada PU Riz

“And know that Alla will resolve everything in the end, in a way you would never imagine (Dan ketahuilah bahawa Allah akan menyelesaikan segalanya dengan cara yang langsung tidak kita bayangkan).” tulisnya.

Bukan itu sahaja, PU Riz juga juga turut memuat naik sedutan rakaman ceramah yang disampaikan di Instagram dengan meninggalkan kapsyen dalam bahasa Arab membawa maksud “Dan jangan jadikan dunia sebagai perhatian utama kami.”

Setakat ini, sejak kontroversi itu hangat diperkatakan sejak Sabtu lalu, masih tiada sebarang kenyataan raski daripada PU Riz berhubung isu berkenaan.

Terdahulu, dalam satu kenyataan kepada media, Neelofa menafikan khabar angin yang tular di media sosial berkaitan hubungannya dengan PU Riz.

Neelofa menafikan dirinya terkena minyak pengasih sehingga mahu membelanjakan sejumlah wang yang banyak buat PU Riz dan keluarganya serta menafikan khabar angin mengatakan mereka sudah berkahwin secara senyap di Kelantan.