fbpx

Anzalna Nasir Bangga Bapa Pegang Jawatan CEO Finas

Meluahkan rasa syukur, pelakon Anzalna Nasir bangga dengan pelantikan bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Nasional Malaysia (Finas).

Gembira dengan pengumuman tersebut, Anzalna berkata ia merupakan satu tanggungjawab besar untuk bapanya dalam memperkaskan industri perfileman negara.

BACA: Kejutan Hari Jadi Suami, Anzalna Nasir Kini Berhijab

“Alhamdulillah. Congratulations dad! I’m so proud of you. Sebagai anak, tumpang gembira. Ini adalah tanngungjawab, amanah besar dan teamwork semua pihak yang akan bersama-sama memacu industri filem kita,” tulisnya.

Menerusi satu entri di Instagram, Anzalna turut memuat naik posting mengenai perlantikan bapanya itu untuk tatapan umum.

Perkongsian Anzalna itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah.

Untuk rekod, Md Nasir mempunyai kelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia serta Pasca Kedoktoran dalam bidang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom pada 2014.